Modul Pertandingan

20/01/2010 10:42

PUSINGAN PERTAMA (IDEA KELESTARIAN- INOVASI)

1.      Idea projek kelestarian akan menyumbangkan sebanyak 50 % daripada keseluruhan markah pertandingan.

2.      Peserta dikehendaki menggunakan kreativiti , imaginasi ,visi & penafsiran untuk mengemukakan cadangan idea yang bernas  dalam membentuk Sekolah Lestari  Tahun 2030. Idea yang dikemukakan merangkumi aspek kelestarian Alam Sekitar,Ekonomi ,Sosial dan lain-lain yang difikirkan.

3.      Pembentukan Sekolah Lestari Tahun 2030 misalnya boleh merangkumi; pesekitaran sekolah, cara pemakanan pelajar,pakaian pelajar,bagunan,dan lain-lain idea yang difikirkan.

4.      Peserta  juga mesti mengfokuskan bagaimana sistem pendidikan sekolah lestari pada masa hadapan (2030)

 

Syarat-syarat /peraturan:

 

1.      Pembentangan hasil idea kelestarian hendaklah dilakukan dengan format  ‘Power point’- dengan gambar,video,carta,paparan, model serta lain-lain kreativiti yang difikirkan paling sesuai oleh peserta. Peserta perlu membawa ‘soft copy’ dokumen(dalam cakera padat) yang hendak dibentangkan  untuk simpanan panel hakim .

 

2.      Markah akan diberi berdasarkan kreativiti, logik dan kefahaman yang baik tentang idea kelestarian yang dibentangkan.

 

3.      Peserta  perlu membentangkan hasil idea kelestarian di hadapan panel hakim yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah USM yang terpilih.

 

4.      Tempoh pembentangan  adalah sekurang-kurangnya 5 minit dan tidak melebihi 10 minit. Ini akan diikuti dengan sesi soal jawab selama 5 minit. Pasukan yang tidak menepati masa ini akan ditolak markah.

 

5.      Cabutan undian akan dijalankan bagi menentukan waktu pembentangan.

 

 

 

 

 

 

PUSINGAN  KEDUA( REKA CIPTA-INOVASI )

 

1.      pembentangan hasil reka cipta akan menyumbangkan sebanyak 30 % daripada keseluruhan markah pertandingan.

2.      Peserta  hendaklah menghasilkan sebuah reka cipta yang menekankan konsep kelestarian dari aspek;

a.     Alam sekitar,

b.     Sosial,

c.     Ekonomi.

3.       Peserta dikehendaki menyediakan produk yang dicipta sebelum hari pertandingan.

 

Syarat-syarat/peraturan:

Fasa  1:           sebelum pertandingan

 

1.      Peserta  diberi kebebasan dalam memilih bahan-bahan yang akan digunakan dalam penghasilan rekacipta anda.

2.      Bahan-bahan yang digunakan mestilah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula dan bersifat “mesra alam”.

3.      Anda perlu mengambil 3 keping gambar sepanjang proses menyiapkan reka cipta. 1 keping gambar bagi mewakili setiap fasa iaitu:

 

i)  sebelum( gambar bahan-bahan asal untuk penghasilan produk)

ii)  semasa produk dihasilkan

iii)  selepas (hasil sempurna produk)

 

#gambar-gambar  tersebut perlu dilampirkan bersama semasa sesi pembentangan

 

Fasa 2 :           Semasa pertandingan

1.      Cabutan undian akan dibuat untuk menentukan nombor giliran.

 

2.      Peserta   akan disoal-jawab dengan  hasil reka cipta oleh panel hakim.

 

3.      Tempoh sesi soal jawab dalam tempoh 5minit.

 

 

 

 

 

 

 

PUSINGAN  KETIGA( KUIZ OBJEKTIF)

1.Markah kuiz ini menyumbang 20% daripada keseluruhan pertandingan.

2.Pusingan ini,merupakan ujian objektif yang perlu dijawab secara berkomputer/bertulis.

3.Peserta dikehendaki menjawab 60 soalan objektif  selama 1jam 30 minit  sahaja yang merangkumi konsep kelestarian alam sekitar,sosial dan ekonomi yang melibatkan skop pengetahuan umum, kemahiran berfikir dan pengaplikasian ketiga-tiga konsep dalam kehidupan.

Syarat-syarat pertandingan:

1.      Pusingan ini hanya melibatkan satu orang wakil dari setiap kumpulan.

2.      Peserta dilarang berbincang  dan meniru semasa kuiz dijalankan.

3.      Kepada peserta yang didapati meniru /menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan dibawa ke tempat kuiz dijalankan penyertaan kumpulan terbabit akan dibatalkan.

4.      Peserta wajib menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan  ( 1jam 30 minit).

—————

Back


Contact

Persatuan Sains Kajihayat USM

Pusat Pengajian Sains Kajihayat,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.


0194503925


BioSociety MASCOT

MR. GREEN


Links


The Webmaster

 

YM me at: neomessiah26@yahoo.com.my


USM - An APEX University.